Senin, 09 April 2012

Tiga golonganmanusia berkaitansifat marah.

Terdapat tiga golongan manusia
berkaitan sifat marah:
*Golongan pertama – tafrith
Golongan ini adalah golongan
yang acuh tak acuh apabila
menghadapi sesuatu yang
mengancam kehormatan diri,
agama,
keluarga, bangsa dan negara.
Manusia jenis ini langsung hilang
kemarahannya. Dia menghadapi
segala perlanggaran yang
berlaku kepada dirinya,
agamanya, keluarganya,
bangsanya dan negaranya
dengan penuh kebaculan dan
rendah diri. Sedangkan
Rasulullah yang terkenal dengan
sifat tawaduknya tetap
mempertahankan Islam dengan
menentang musuh-musuh Islam
sekiranya perlu.
Firman Allah:
Muhammad adalah utusan
Allah, dan orang-orang
yang bersama dengan dia
bersikap keras terhadap
orang-orang kafir (yang
memusuhi Islam), tetapi
berkasih-sayang sesama
mereka….(surah Al-
Fath :29)
Jelas di sini bahawa sifat tafrith
atau hilang sifat marah adalah
tercela di sisi syarak.
*Golongan kedua- ifrath
Golongan ini adalah manusia
yang tidak dapat mengawal sifat
marahnya lalu berlebih-lebihan
dalam marahnya sehingga
hilang pengawalan akal yang
waras terhadap dirinya. Manusia
seperti ini bertindak mengikut
hawa nafsu.
Segala caci maki dan amukan
dihamburkan sehingga ada
kalanya membawa kepada
pertumpahan darah. Marah yang
tidak dikawal juga membawa
kepada sifat dendam, dengki dan
benci sehingga mendorongnya
melakukan pembalasan kepada
orang yang dimarahinya.
Disebabkan buruknya implikasi
sifat marah yang melulu ini
maka Rasulullah s.a.w. amat
menitikberatkan agar perasaan
itu dikawal dengan baik. Apabila
seorang sahabat meminta
nasihat daripada Baginda s.a.w,
lantas Baginda bersabda:
Jangan marah. Kemudian
sahabat tersebut mengulangi
permintaannya untuk
mendapatkan nasihat. Sekali
lagi baginda menjawab: Jangan
marah. (Sahih al-Bukhari).
Di antara cara mengawal
perasaan marah sebagaimana
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
adalah :
1. Mengucapkan Taawudz
(A’udzu billahi minasy
syaithoonir rajeem – Aku
berlindung kepada Allah
daripada syaitan yang terkutuk).
Ini adalah kerana perasaan
marah itu timbul dari hasutan
syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan
marah itu seseorang itu sedang
berdiri maka hendaklah dia
duduk. Jika tidak reda juga maka
hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk
itu dapat menenangkan jiwa
yang sedang marah.
*Golongan ketiga-I’tidal
Golongan ini adalah yang terbaik
berbanding golongan tafrith dan
ifrath. Golongan ini adalah
golongan yang menggunakan
sifat marah mereka pada saluran
dan situasi yang betul. Apabila
marah, mereka marah
sebagaimana sepatutnya dan
sentiasa dalam kawalan dan ikut
landasan yang Allah tetapkan.
Di antara sifat Rasulullah s.a.w.
ialah Baginda tidak
menunjukkan kemarahan dan
tidak melakukan pembalasan
hanya kerana kepentingan
peribadinya. Segala
kemarahannya adalah kerana
mempertahankan hukum-
hukum Allah.
Saidatina Aisyah r.a. telah
meriwayatkan bahawa:
Dan tidaklah baginda
membalas dengan
hukuman untuk
(membela) dirinya di
dalam sesuatu sama sekali
kecuali jika perkara-
perkara yang diharamkan
Allah dilanggar, maka
baginda akan membalas
dengan hukuman terhadap
perkara itu kerana Allah.
(Riwayat Bukhari)
Dapat kita simpulkan bahawa
golongan yang ketiga(I’tidal)
adalah golongan yang terbaik.
Marah tetapi tidak berlebihan
marahnya. Yang paling penting,
marahnya adalah kerana Allah
dalam mempertahankan deen
Allah yang suci. Marilah kita
bersungguh-sungguh dalam
mengamalkan sifat marah yang
I’tidal ini.
Akhir kata, apabila parut
lukamu dicederakan lagi,
hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa DIA sentiasa
bersama-sama orang yang sabar.
Wallahu ‘alam. Semoga kita
sentiasa berada dalam
keredhaan-NYA. Insya allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar