Senin, 09 April 2012

kejadian Adam AS

Kita selalu
mendengar
kisahnya Nabi
Adam AS.Dan
kita juga terlalu
tahu tentang
kejadianya
manusia itu
adalah dari
tanah.
Tetapi apakah
kita tahu akan
tanahnya itu?
Apakah kita
tahu akan
prosesnya
kejadian itu?
Mari kita baca
kupasan yang
sedikit ini,
mudah-
mudahan kita
lebih
mengetahui
tentangnya dan
Insyaallah
dapatlah kita
mempelajarinya
bersama-sama.
Berpesan-
pesanlah pada
kebaikan dan
berpesan-
pesanlah pada
kesabaran.
BETAPA
PAYAHNYA
MALAIKAT-
MALAIKAT
MEMINTA
TANAH DARI
BUMI UNTUK
NABI ADAM AS
(ABUL BASYAR /
Bapa segala
manusia)
Pada suatu
ketika, Allah
SWT
menitahkan
kepada
malaikat Jibril
supaya turun ke
bumi untuk
mengambil
sebahagian
tanahnya untuk
mencipta Adam.
Akan tetapi
apabila beliau
sampai ke
bumi, bumi
enggan
membenarkan
tanahnya
diambil untuk
dijadikan Adam
kerana bumi
kuathir Adam
akan menjadi
maksiat kepada
Allah. Lalu Jibril
kembali ke
hadrat Allah
memberitahu
bahawa ia tidak
dapat berbuat
apa-apa apabila
mendengar
mendengar
sumpah bumi.
Setelah itu,
Allah
memerintah
malaikat
Mikail. Jawapan
bumi masih
sama lalu Allah
memerintahka
n malaikat
Israfil dan
jawapan bumi
masih tidak
berganjak.
Masing-masing
kembali dengan
jawapan yang
hampa.
Akhirnya, Allah
menyuruh
malaikat Izrail
turun ke bumi
Kata Allah: ” Hai
Izrail!
Engkaulah kini
yang aku
tugaskan
mengambil
tanah.
Meskipun bumi
bersumpah-
sumpah dengan
ucapan, jangan
engkau
mundur.
Katakan
bahawa
kerjamu atas
perintah dan
atas namaKu.”
Apabila Izrail
turun ke bumi
dan
menyampaikan
perintah Allah
kepada bumi,
maka akhirnya
bumi
mengizinkan
tanahnya
diambil. Setelah
Izrail
mengambil
beberapa jenis
tanah,
kembalilah ia
ke hadrat Allah.
Lalu Allah
berfirman: “Ya
Izrail, pertama
engkau yang Ku
tugaskan
mengambil
tanah, dan
kemudian di
belakang hari
kelak akan
kutugaskan
engkau
mencabut roh
manusia.”
Maka
kuathirlah
Izrail kerana
bimbang akan
dibenci oleh
umat
manusia.Lalu
Allah berfirman
lagi: “Tidak,
mereka tidak
akan memusuhi
kamu. Aku yang
mengaturnya,
dan aku jadikan
kematian
mereka itu
bersebab
antaranya
terbunuh,
terbakar, sakit
dan sebagainya.
JENIS TANAH
YANG
DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat
bakal
berdirinya
Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit
Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-
Kautsar
6. Tanah tempat
bakal
berdiringa
Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah
Khurasan
9. Tanah
(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah
syurga
12. Tanah Tha’if
Menurut Ibnu
Abbas:
1. Kepala Adam
dari tanah
Baitul-Muqaddis
kerana disitulah
berada otak
manusia,dan
disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya
dari tanah Bukit
Thursina,
kerana dia alat
pendengar dan
tempat
menerima
nasihat.
3. Dahinya dari
tanah
Iraq,kerana
disitu tempat
sujud kepada
Allah.
4. Mukanya dari
tanah Aden,
kerana disitu
tempat berhias
dan tempat
kecantikan.
5. Matanya dari
tanah telaga Al-
Kautsar, tempat
menarik
perhatian.
6. Giginya dari
tanah Al-
Kautsar, tempat
memanis-
manis.
7. Tangan
kanannya dari
tanah
Kaabah,untuk
mencari nafkah
dan kerjasama,
sesama
manusia.
8. Tangan
kirinya dari
tanah
Paris,tempat
beristinjak.
9. Perutnya dari
tanah Babylon.
Disitulah
tempat seks
(berahi) dan
tipudaya syaitan
untuk
menjerumuska
n manusia ke
lembah dosa.
10.Tulangnya
dari tanah Bukit
Thursina,alat
peneguh tubuh
manusia.
11.Dua kakinya
dari tanah
India, tempat
berdiri dan
jalan.
12.Hatinya dari
tanah syurga
Firdaus,kerana
disitulah iman,
keyakinan,ilmu
, kemahuan dan
sebagainya.
13.Lidahnya
dari tanah
Tha’if, tempat
mengucap
Syahadat,
bersyukur dan
berdoakan
kepada Tuhan.
PROSESNYA
KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah
jadikan Adam,
tanah itu
dicampur
dengan air
tawar, air
masin, air
hanyir, angin
dan api.
Kemudian Allah
resapkan Nur
kebenaran
dalam diri Adam
dengan
berbagai
macam “sifat”.
2. Lalu tubuh
Adam itu
digenggam
dengan
genggaman
“Jabarut”
kemudian
diletakkan
didalam “Alam
Malakut”.
3.
Sesungguhnya
tanah yang
akan dijadikan
“tubuh Adam”
adalah tanah
pilihan Maka
sebelum
dijadikan
patung, tanah
itu
dicampurkan
dengan rempah-
rempah dan
wangi-wangian
dari sifat Nur
sifat Allah, dan
dirasmikan
dengan air
hujan “Barul
Uluhiyah”.
4.Kemudian
tubuh itu
dibenamkan
didalam air
“Kudral-Izzah-
Nya” iaitu sifat
“Jalan dan
Jammal”.Lalu
terciptalah
tubuh Adam
yang sempurna.
5.Demikian
pula roh, ketika
itu diperintah
masuk kedalam
tubuh Adam, ia
merasa malas
dan enggan,
lalu ia berputar-
putar,
mengelilingi
patung Adam
yang terlantar.
Kemudian Allah
menyuruh
malaikat Izrail
untuk memaksa
roh itu masuk.
Akhirnya mahu
tidak mahu roh
itupun masuk
dan menyerah
kepada Izrail.
Menurut
riwayat ketika
Adam masih
berada di
syurga, sangat
baik sekali
kulitnya. Tidak
seperti warna
kulit manusia.
Kerana Adam
telah
diturunkan ke
dunia,
terjadilah
perubahan pada
warna kulitnya.
Sebagai
peringatan,
yang
masihtertinggal
warnanya
hanyalah pada
kuku manusia.
Oleh itu,
meskipun orang
kulitnya
hitam,tetapi
warna kukunya
adalah sama,
ialah putih
kemerah-
merahan.
Dijadikan pada
tubuh Adam ada
sembilan
rongga atau
liang. Tujuh
buah liang
dikepala,dan
dua buah liang
di bawah badan
letaknya.
Tujuh buah
letaknya adalah
di:
1. Kepala :
dua.liang mata,
Dua liang
telinga, Dua
liang hidung
dan sebuah
liang mulut.
2. Dibawah:
Sebuah liang
kemaluan dan
liang dubur.
Dijadikan pula
lima buah
pancaindera:
1. Mata alat
penglihatan
2. Hidung alat
penciuman
3. Telinga alat
pendengaran
4. Mulut alat
merasa manis,
masin dan
sebagainya.
5. Anggota
tubuh lainya
seperti kulit,
telapak tangan,
untuk merasa
halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh
masuk kedalam
tubuh Adam :
Lalu roh itu
masuk
perlahan-lahan
sehingga ke
kepalanya yang
mengambil
masa 200 tahun.
Demikianlah
Allah memberi
kekuatan pada
Izrail untuk
memasukkan
roh ke dalam
tubuh Adam.
Setelah roh
meresap ke
kepala Adam,
maka terjadilah
otak dan
tersusunlah
urat-urat
sarafnya
dengan
sempurna.
Kemudian
terjadilah
matanya dan
seketika itu
matanya terus
terbuka
melihat dan
melirik kekiri,
ke kanan dan
kebawah
dimana pada
masa itu
bahagian
badannya masih
merupakan
tanah keras.
Dilihatnya kiri
dan kanan para
malaikat yang
sedang
menyaksikan
kejadian dia.
Ketika itu dia
telah dapat
mendengar
para malaikat
mengucapkan
tasbih dengan
suara yang
merdu dan
mengasyikkan.
Kemudian
ketika roh
sampai
kehidungnya
lalu ia bersin,
serta mulutnya
terbuka.
Ketika itulah
Allah ajarkan
padanya ucapan
Alhamdulillah.
Itulah ucapan
Adam pertama
kalinya
kehadrat Allah.
Lalu Allah
berkata :”
Yarhamukallah”
yang membawa
erti: “Semoga
engkau diberi
rahmat Allah”.
Oleh kerana itu
jika orang
bersin, menjadi
sunat
mengucap
“Alhamdulillah”
dan orang yang
mendengarnya
sunat pula
mengucapkan
“Yarhamukallah
” .
Kemudian
ketika roh
sampai pada
dadanya, tiba-
tiba saja ia
mahu bangun.
Padahal
sebahagian
bawah
badannya masih
tanah dan
keras.
Disini
menunjukkan
sifat manusia
yang suka
tergesa-gesa
(tidak sabar).
Sebagaimana
firman Allah
SWT
bermaksud:
“Dan adalah
manusia itu,
suka tergesa-
gesa” .(Al-Israk:
II)
Maka ketika
roh itu sampai
dibahagian
perutnya, maka
terjadilah
susunan isi
perut dengan
sempurna.
Maka seketika
itu terasalah
lapar.
Kemudian terus
roh itu meresap
sampai ke
seluruh tubuh,
tangan, kaki
lalu terjadi
darah daging
dan tulang.
Urat-urat
berkulit dengan
sempurna, yang
mana kulit itu
kian lama kian
cantik dan
halus.
Begitulah proses
kejadian-
kejadian tubuh
Adam. Setelah
kejadian Adam
sempurna
sebagai
manusia, maka
dialah
merupakan
makhluk
manusia yang
pertama.
Wajahnya
cukup cantik,
semua malaikat
berasa kagum
melihat Adam
yang begitu
menawan.
Kemudian Adam
diarak oleh
malaikat-
malaikat
selama 100
tahun lalu
diperkenalkan
kepada seluruh
penghuni dari
langit pertama
hinggalah
kelangit tujuh
sebelum dibawa
ke syurga
tempat mula-
mula Adam
dijadikan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar