Selasa, 10 April 2012

FAKTA MENARIK : RahsiaBinaan PiramidTerbongkar Dari Al-Quran...

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas
jelaslah bahawa selama ini manusia
menjadi hairan dan kagum
bagaimanakah bangunan-bangunan yang
dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat
berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir
pada zaman pemerintahannya hingga
kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid
itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006,
telah menyiarkan berita saintifik yang
mengesahkan bahawa Firaun telah
menggunakan tanah liat untuk membina
piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan
bahawa batu-batu yang digunakan untuk
membuat piramid adalah daripada tanah liat
yang dipanaskan sehingga membentuk batuan
keras yang sukar dibezakan dengan batu
asalnya.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir
dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan
tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang
mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari
kodifikasi nombor di batu yang mereka
tinggalkan.
Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum,
menegaskan bahawa piramid yang paling besar
di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang
terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu
yang dibuat secara manual hasil daripada
olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American
Ceramic Society memaparkan artikel kajian
mengenai bagaimanakah Firaun membina
piramid di Mesir yang mengkagumkan itu
sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun
menggunakan tanah jenis slurry untuk
membina monumen yang tinggi, termasuk
piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi
seseorang untuk mengangkat batu besar dan
berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar
piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi
atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur
kapur yang dipanaskan dengan wap air garam
dan akan menghasilkan wap air sehingga
terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian
olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang
disediakan di dinding piramid. Lumpur yang
sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki
itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang
sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah
mengambil sampel batu piramid yang terbesar
untuk dilakukan analisis dengan menggunakan
mikroskop elektron terhadap batu tersebut.
Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu
diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa
penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi
belum mampu untuk membezakan antara batu
alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian
yang memakan masa kira-kira 20 tahun.
Sebelum kajian yang begitu lama terhadap
piramid Bosnia, Piramid Matahari dan
menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat
daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi
keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di
masa yang lalu.
Tanah liat
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy
Demortier, telah bertahun-tahun mencari
jawapan daripada pembuatan batu besar yang
tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau
berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan
kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya
yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir
diperbuat dengan menggunakan tanah liat."
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita
bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-
patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam tamadun canggih zaman silam, juga
dibina daripada 'tanah liat'.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah
hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah
berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum
para saintis dan ilmuan dunia menemukan
rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang
lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus
tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di
Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina
monumen yang megah dan tersohor itu yang
dikenali sebagai piramid dengan menggunakan
tanah liat.
Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam
sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di
bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan
tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT
dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di
permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di
atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi
Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut
hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk
daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun
dan menenggelamkan dia di Laut Merah
bersama tenteranya.
Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as
daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan
bumi Palestin yang didambakan sampai
sekarang dan seterusnya hari kemudian.
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan
berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku
tidak mengetahui Tuhan bagimu selain
aku. Maka bakarlah wahai Haman
untukku tanah liat kemudian buatkanlah
untukku bangunan yang tinggi agar aku
dapat naik melihat Tuhan Musa, dan
sesungguhnya aku benar-benar yakin
bahawa dia (Musa) orang-orang
pendusta. (al-Qasas: 38).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar