Jumat, 20 April 2012

Anak Dara Melayu

Kisah Ini Mesti Dibaca Oleh Semua Remaja
Bergelar Pelajar…
ANAK TAK KENANG BUDI….KURANG
AJAR….ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA…!!!!
bila admin baca ni, admin menangis . xdapat
bayangkan keadaan ayahnya….
KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG
BERGELAR PELAJAR….
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba
Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh
(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat
menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan
kembali oleh salah seorang anak murid pengajian
saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari
keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya
menoreh getah..datangnya jauh dari
kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg
dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang
dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah
institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah
sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya
cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana
senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu
seronok kerana anak gadisnya berjaya
melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut
Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah
si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan
anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil
melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai
jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman
dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan
kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang
diharapkan akan menempah
kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup
mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si
ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak
ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti
sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya
merungut manja…sambil meneruskan bebelannya
dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab
“nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah
habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang
senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…
nanti macam mana along nak belajar..tidur tak
selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu
prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi
nampak ..kelibatnya membawa tilam yang
dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak
beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung
bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa
pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah
duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-
budak perempuan di sebelah rumah saya tu…
pada mula mereka duduk menyewa tiada apa
masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di
sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-
budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan
ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur
dah….tapi jawab budak lelaki yang datang
bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang
ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata
lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu
duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke
tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan
perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…
tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu
akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga
saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya
ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang
malang ni tadi..setiap hari keluar dengan
pakwenya…maklumlah orang sedang
bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi
line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam
baru nampak balik ke rumah sewanya..entah
lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya
yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni
keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si
gadis ini sampai ke rumah sewa anak
gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di
belakang motorsikalnya itu terikat tilam
kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si
ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana
tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu
menjerit memanggil nama anaknya.. sambil
mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar
suaranya yang mengah..memanggil-manggil
anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari
itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung
minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek
di belakang motorsikal pakwe mereka…
termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si
ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di
rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka
keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-
ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…
bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu
saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…
rehat dulu..abang letih tu datang dari
jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam
laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak
balik alang-alang..dah sampai ..bukannya
dekat..lagipun bukan senang nak datang
balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak
motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib
telah masuk….si anak masih tidak balik
lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam
rumah mandi dan menunaikan solat
maghrib ..kemudian saya menjamunya makan
malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan
daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati
kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak
selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya
terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang
masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah
lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki
sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya
ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu
saya menjawab…”beginilah bang..abang
tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan
tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah
mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang
dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya
pulang..dengan membonceng motorsikal
pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti
di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari
motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi
keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak
terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan
rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu
dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil
ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis
itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak
boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang
bangun dan hendak bergerak menuju ke arah
anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada
ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…
jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang
dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra
bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki
itu pulang…si gadis itu pun masuk ke
rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak
motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu
berhenti di depan pintu pagar rumah
anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia
memanggil nama anaknya….
Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut
terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat
pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal
datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu
besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak
gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat
apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku
sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…
bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu
kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan
aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang
dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan
kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh
malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu
bercium beromen depan aku..anak tak tahu
diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak
kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang
budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam
minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…
macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak
sial……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat
dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke
dalam rumah dan memegang si ayah dan
memintanya
mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…
memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…
ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg
salah …along berdosa dengan
ayah…..hunhuuuuuu…….!!
Kau memang anak celaka…..memalukan
keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni
pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak
kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak
bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu
tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak
dari kampung jauh….terhoyong hayang
aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena
langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana
pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih
melihat ayah yang separuh abad,,,menangis
kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.
“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak
balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………
kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu
balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…
Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih
ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…
kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah
membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke
kampungnya,….dengan membonceng motor…
tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi
dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…
kesiannnn……

Tidak ada komentar:

Posting Komentar