Senin, 09 April 2012

19 Hadis NabiMengenai Wanita &Kubur

1. Doa perempuan lebih
makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu
lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan
1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
3. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan
Allah.
4. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu
tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit,maka Allah
memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.
7. Barangsiapa yang
menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan
Allah, akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa
hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak
perempuan daripada anak
lelaki. Maka, barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang
dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik)
itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku
bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-
mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak
kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi
s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a.
Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada
api neraka.
"Jadi, janganlah sesekali kita
merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat
seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab
mengapa Nabi meletakkan
wanita setaraf pada lelaki dan
tidak lebih rendah. Buat
renungan kita semua......"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar