Senin, 09 April 2012

Kenapakah RamaiYang MemilhNeraka?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita tanya kepada
sesiapa saja manusia di dunia ini
bila sudah meninggal dunia
kemanakah dia hendak pergi?Ia
akan jawab mereka ingin masuk
ke Syurga. Kemudian apabila
kita tanya lagi soalan kedua
adakah dia sudah membuat
persiapan untuk memasuki
Syurga? Maka kita akan
bertemu dengan banyak
jawapan. Ada mengatakan masih
muda lagi nanti kalau sudah tua
baru hendak bertaubat dan
membuat amal ibadah, ada
jawapan mengatakan belum
cukup persediaan dan mungkin
ada yang tidak menjawabnya
kerana sedang seronok dengan
kehidupan di dunia dan tidak
mahu fikirkan lagi bab
kematian.
Dari Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya ; "Semua umatku
akan masuk ke dalam Syurga,
melainkan orang yang
enggan.Sahabat merasa hairan
lalau bertanya : "Ya Rasulullah !
Siapa yang tidak suka masuk
Syurga?Maka Rasulullah s.a.w
menjawab : "Sesiapa yang taat
kepadaku bererti dia mahu
masuk Syurga dan sesiapa yang
menyalahi ajaranku (sunnah)
maka orang itulah yang tidak
mahu masuk Syurga."(Hadis
Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas
marilah sama-sama kita
renungkan di manakan nasib
kesudahan kita nanti? Adakah
kita akan di masukkan ke dalam
Syurga atau di campakkan ke
dalam Neraka?
Di dalam kehidupan dunia yang
penuh tipu daya ini, apakah yang
ingin kita cari sebenarnya?
Adakah kekayaan, kemewahan,
kesenangan yang kita kecapi
menjamin untuk kita masuk ke
dalam Syurga? Ataupun semua
ini menjadi sebagai perangkap
kepada kita untuk di campakkan
ke dalam Neraka? Tetapi
kenapalah ramai manusia
memilih untuk dijadikan bahan
bakar api Neraka?Persoalannya
adakah kita percaya kepada hari
akhirat yang pasti akan berlaku?
Sejauh manakah keimanan kita
semua beriman kepada Allah
s.w.t.
Cuba kita semua bayangkan
betapa dahsyatnya seksaan yang
paling ringan di Neraka dengan
bahang bara api diletakkan
dibawah tapak kaki pun sudah
boleh mendidihkan otak yang
ada di atas kepala, apatah lagi
kalau seksaan yang lebih berat.
Rasanya tidak ada seorang pun
yang mampu berdiri di atas bara
api yang panas sehingga boleh
menggelegakkan otak yang ada
di kepala. Kalau kita tersentuh
sedikit sahaja api di dunia ini pun
kita sudah menjerit kepanasan
dan kita tidak mampu
menahannya walaupun masa
seminit, cuba bayangkan betapa
pedihnya seksaan apa Neraka
yang berterusan tanpa henti-
henti.
Oleh itu marilah kita
meningkatkan keimanan kita
kepada Allah s.w.t.,
perbanyakkan bertaubat dan
beristighfar memohon
keampunan kepada Allah s.w.t.
Semoga Allah s.w.t. menerima
semua amalan yang kita
kerjakan.
Sahabat yang dihormati,
Di ceritakan bagaimana suasana
yang mengerikan pada hari
kiamat nanti, seorang demi
seorang manusia akan
dihadapkan kepada Allah s.w.t.
di "Mahkamah Qadhi Rabbun
Jalil". Tidak ada seorang jua pun
yang sanggup menolong orang
lain, walaupun dia ada sahabat
karibnya sewaktu di dunia
dahulu, ataupun anak dan
isterinya. Pada masa itu tiada
lagi pembantu peribadi dan tiada
lagi peguam bela.Kalau di dunia
mungkin boleh mencari peguam
yang terbaik untuk membela
nasib tuduhan terhadapnya
tetapi tidak pada hari tersebut.
Manusia pada ketika itu ada
yang tidak berpakaian tetapi
mereka tidak sempat untuk
memikirkan malu atau tidak
kerana masing-masing takut
dengan bakal hukuman yang
akan di jatuhkan oleh Allah
s.w.t. terhadap perbuatannya
ketika di dunia.
Selain itu, apabila
membicarakan tentang
berapakah dalamnya jurang api
Neraka? Rasanya tidak mampu
kita menghitung berapakah
dalamnya jurang api Neraka
yang di tempuh oleh perjalanan
kepantasan batu besar yang
jatuh dalam masa 70 tahun
lamanya. Apa yang lebih
mengerikan lagi ialah apabila
jurang yang teramat dalam ini
dipenuhi dengan bermacam-
macam bentuk seksaan dan
apabila sampai saatnya nanti
pintu Neraka itu akan di tutup
serapat-rapatnya. Maka pada
ketika itu, tidak ada seorang pun
di antara penghuninya yang
dibenarkan keluar daripadanya.
Seksaan demi seksaan, habis
satu jenis seksaan masuk pula
pada jenis seksaan yang lain dan
begitulah seterusnya. Alangkah
malangnya bagi mereka yang
mendapat seksaan tersebut.
Walau bagaimanapun , ada tujuh
golongan yang akan dinaungi
Allah s.w.t. di bawah Arasy Allah
s.w.t. yang mulia di hari akhirat
nanti..Mudah-mudahan kita
termasuk di dalam golongan
bertuah ini seperti hadis Nabi
s.a.w di bawah :
Abu Hurairah r.a telah
meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:” Terdapat tujuh
golongan yang akan mendapat
lindungan arasyNya pada hari
yang tiada lindungan melainkan
lindungan daripadaNya.
1. Pemimpin yand adil.
2. Pemuda yang masanya
dihabiskan untuk beribadah
kepada Allah s.w.t.
3. Seseorang yang hatinya
terpaut pada masjid.
4. Dua lelaki yang berkasih
sayang dan bertemu dan
berpisah kerana Allah s.w.t.
5. Lelaki yang digoda oleh
perempuan cantik dan
berpengaruh untuk melakukan
maksiat tetapi dia menolak
dengan mengatakan 'Aku
takutkan Allah' .
6. Seseorang yang bersedekah
dan menyembunyikannya
sehinggakan tangan kanannya
tidak mengetahui apa yang
diberikan oleh tangan kirinya.
dan
7. Seseorang yang mengingati
Allah ketika bersendirian
sehinggakan mengalir air
matanya kerana Allah s.w.t.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat,
Manusia yang jauh daripada
rahmat Allah akan mengalami
sakit jiwa. Jiwanya tidak tenang
dan sukar untuk menerima
kebenaran dan sentiasa sibuk
dengan kesenangan hidup di
dunia yang melekakan. Hatinya
dibaluti dengan cinta harta,
cinta tahta dan cinta wanita
yang semakin menebal di dalam
sanubarinya. Mereka tetap
memilih jalan ke Neraka dan
merasa bangga dan terus
berkubang dengan lumpur
kekafiran dan hanyut
bergelumang dengan lautan
maksiat yang akhirnya mereka
akan di bawa oleh arus
seterusnya menghantarkannya
mereka ke pintu api Neraka.
Na'uzubillahiminzalik.
Oleh itu marilah sama-sama kita
berdo'a kepada Allah s.w.t. agar
kita dikurniakan 'husnul
khatimah" (penutup yang baik)
iaitu mati dalam keadaan
beriman kepada Allah s.w.t dan
dapat mengucapkan kalimah
"Laa illaha illalah" di akhir
hayatnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : “Orang yang
membaca ‘Laailaha illallah’ di
dalam keadaan penuh
keikhlasan di dalam hatinya
atau iman bersamaan dengan
sebiji barli, maka ia akan
dikeluarkan dari Neraka
Jahannam. Dan orang yang
membaca kalimah ini dan di
dalam hatinya terdapat
keikhlasan atau iman
bersamaan sebesar biji gandum
maka ia akan dikeluarkan dari
api Neraka Jahannam dan orang
yang membaca dengan penuh
kebaikan atau iman maka ia
juga akan dikeluarkan daripada
api Neraka Jahanam”.
Kita juga memohon perlindung
dengan Allah s.w.t daripada
"Suul khatimah" (penutup yang
buruk) atau mati dalam keadaan
berlumuran dengan dosa dan
kesalahan.
Muhasabahlah diri kita sekarang
ini kerana sesudah kita bertemu
Allah s.w.t nanti tidak ada
gunanya penyesalan pada masa
itu. Pintu taubat masih terbuka
dan Allah s.w.t sentiasa bersedia
menerima taubat dan
permohonan keampunan
daripada hamba-hamba-Nya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar