Sabtu, 28 April 2012

MENGAPA UMAT ISLAMDILARANG MAKANBABI (KHINZIR)?

Semua bangsa dari seluruh dunia dari zaman
dahulu kala hinggalah sekarang menganggap
BABI ialah binatang paling KOTOR dan HINA lagi
menJIJIKkan. Anologinya kebanyakkan orang di
seluruh dunia akan mengucapkan kata-kata kesat
apabila menyumpah seranah dengan mereka akan
berkata “PIG!” Rasionalnya sejak turun-temurun
BABI dianggap binatang paling hina di seluruh
dunia. Islam merupakan satu agama yang benar
dan mulia di sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-
orang yang mulia tidak akan memakan binatang
dan daging yang hina lagi menjijikkan. Babi juga
adalah binatang yang menjadi agen atau
pembawa kepada banyak jenis KUMAN dan
VIRUS yang boleh menjadi penyakit MERBAHAYA
kepada manusia. Ia ialah pembawa sebenar
cacing Pita yang boleh membawa MAUT.
Menurut kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis
yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari
Universiti Winconsin terhadap babi mendapati
terdapat satu sistem di kerongkong babi yang
membolehkan perbagai VIRUS berkumpul di
dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada
sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut,
mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai
“MIXING VESSEL” atau “BAHTERA
PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN”
sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of
Virology, 1997.
Selain daripada itu, babi juga didapati tidak
mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana
haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu
tidak disembelih, darah dan kuman dari dalam
badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan.
Menurut ajaran Islam, darah binatang adalah
NAJIS. Kemungkinan faktor ini jugalah yang
menyebabkan berkumpulnya VIRUS di leher babi
sebagaimana pendapat Saintis tersebut.
Agama Islam telah menerangkan bahawa babi
berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan
kepercayaan kuno yang tidak mustahil dan ada
kebenarannya. Kita ambil petikan kisah Nabi Nuh
sewaktu seluruh dunia ditenggelami banjir. Iblis
turut berada dalam bahtera tersebut. Oleh kerana
terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran
haiwan, manusia dan sampah-sarap bersepah di
merata tempat. Akhirnya Nabi Nuh meminta
pertolongan dari Allah SWT untuk
membersihkannya, lalu Allah SWT menyuruh
Nabi Nuh mengusap kepala seekor gajah dan
terciptalah tikus yang memakan segala
kekotoran tersebut. Semasa kejadian itu, Iblis
pun turut berbuat demikian lalu terciptalah BABI.
Bukti kewujudan KUMAN dan VIRUS ini telah
dirumuskan oleh Dr. Daniel S. Shapiro, Pengarah
Clinical Microbiology Laboratories, Boston
Medical Central, Massachusetts yang
mengklasifikasikan jenis-jenis penyakit yang
boleh dijangkiti dari babi seperti Anthrax,
Ascaris suum, Botulism, Brucella suis,
Cryptosporidiosis, Entamoebe polecki,
Erysipelathrix shusiopathiae, Flayobacterium,
Influenza, Leptopirosis, Pasteurella aerogenes,
Pigbel, Rabies, Salmonella cholerae suis,
Salmonellosis, Scabies, Streptococcus milleri,
Swine vesicular disease, Taenea sollium dan
Yersinia enterocoliticia.
Pada tahun 1997, Saintis telah menemui virus
baru yang berpunca daripada kuman yang
terdapat pada babi seperti Porcine torovirus,
Porcine rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine
Reproduce and Respiratory Syndrome) dan
H3N2 (Swine Flu-Virus).
Berdasarkan kepada faktor sejarah, penyerangan
penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
babi bermula dengan Spanish Flu (1918), Asian
Flu (1957), Hong Kong Flu (1968) dan Russian
Flu (1997).
Rumusan yang boleh dibuat hasil daripada kajian
mendapati VIRUS dari babi ini adalah canggih. Ia
sentiasa berubah bentuk dan menyerang manusia
dalam bentuk baru (mutasi), sekiranya manusia
dapat mencari penawarnya. SAKSIKANLAH KLIP
VIDEO yang menerangkan keburukan dan
kemusnahan yang dibawa oleh BABI kepada
manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar