Sabtu, 21 April 2012

Nabi Ibrahim tidakpernah makankecuali bersamatetamu

MENGHORMATI dan memuliakan orang lain
sesuatu yang dituntut Islam. Ini merangkumi
pandangan atau pendapat, cita rasa dan hobi.
Semua perlu dihormati kerana manusia adalah
ciptaan Allah SWT yang penuh dengan keunikan.
Mereka diciptakan daripada sumber yang sama
tetapi mempunyai pandangan, hobi dan cita rasa
serta sikap yang berbeza.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika
Tuhanmu menghendaki, tentu dijadikan manusia
sehaluan, tetapi mereka sentiasa berselisih.
Kecuali mereka yang dirahmati dan itulah
sebabnya mereka diciptakan.” (Surah Hud, ayat
118-119)
Penghormatan juga diberikan kepada tetamu yang
berkunjung ke rumah seperti dilakukan Nabi
Ibrahim AS terhadap mereka yang datang dengan
khabar gembira daripada kalangan malaikat.
Diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah
makan kecuali bersama tetamu.
Firman Allah SWT bermaksud yang bermaksud:
“Dan para utusan kami datang kepada Ibrahim
lalu masing-masing mengucapkan salam dan
Ibrahim menghidangkan kambing yang
dibakar.” (Surah Hud, ayat 69).
Baginda SAW juga pernah bersabda dengan
maksud: “Sesiapa yang beriman dengan Allah
SWT hendaklah memuliakan tetamunya.” (Hadis
riwayat Muslim)
Begitu juga penghormatan dan kemuliaan yang
diberikan kepada nabi, wali dan ulama kerana Al-
Quran sendiri meraikan Nabi Zakaria dan Yahya
dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya
mereka selalu bersegera dalam melakukan
kebajikan dan memohon doa dengan penuh
pengharapan. Merekalah orang yang khusyuk
kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, ayat 90)
Jika demikian, persoalannya adakah semua
penghormatan yang diberikan kepada Baginda
SAW serta keluarganya adalah dikira menyembah
mereka sehingga ada yang mengharamkan
sesiapa berbuat demikian?
Apa yang diketahui, segala penghormatan itu
kerana mulianya kedudukan mereka di sisi Allah
SWT. Ulama terdahulu juga pernah berbuat
demikian, malah ada yang menjadikan ia sebagai
satu ibadah Pengarang kitab Fathul Majid, Syekh
Muhd Hamid Al-Faqy meletakkan maksud ibadah
dan penghormatan dalam maksud yang sama.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun
orang yang beriman kepadanya, memuliakannya,
menolongnya dan mengikuti cahaya (al-Quran)
yang diturunkan kepadanya. Merekalah orang
yang beruntung.” (Surah Al-A’raf, ayat 157)
Begitu juga mengunjungi pusara anbiya’ serta
orang salih atas tujuan memberi penghormatan
dengan membaca al-Quran serta berdoa untuk
kesejahteraan semua.
Allah SWT mengangkat martabat serta kedudukan
Baginda SAW di sisinya dan diraikan kedudukan
ini bagi mereka yang datang selepas kewafatan
Baginda SAW. Anugerah inilah yang menjadikan
sesiapa yang mentaati Muhammad seolah-olah
mentaati Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Taatlah kamu kepada Allah
dan Rasulnya.” (Surah An-Nisa’, ayat 59)
Dimasukkan nama Baginda SAW di sisi Allah SWT
seolah-olah menyatakan bahawa Baginda berhak
mendapat penghormatan.
Kesimpulannya, ketaatan kepada Allah SWT dapat
dikembangkan dengan memberi perhatian kepada
utusan-Nya serta mereka yang hampir kedudukan
dengan Allah SWT.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Akulah
penghulu sekalian manusia pada hari
kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar