Jumat, 27 April 2012

Kisah Nabi Idris A.S

Disini adalah sedikit cerita mengenai
latarbelakang Nabi Idris a.s
Nabi Idris adalah keturunan keenam
dari Nabi Adam putera dari Yarid bin
Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin
Syith bin Adam A.S. dan adalah
keturunan pertama yang dikurniai
kenabian menjadi Nabi setelah Adam
dan Syith.
Nabi Idris menurut sementara
riwayat, baginda bermukim di Mesir
di mana ia berdakwah untuk agama
Allah mengajarkan tauhid dan
beribadat menyembah Allah serta
memberi beberapa pendoman hidup
bagi pengikut-pengikutnya agar
menyelamat diri dari seksaan di
akhirat dan kehancuran serta
kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai
usia 82 taHun NABI IDRIS diutus oleh Allah Swt.
untuk mengingatkan umat keturunan
Kabil yang telah bersikap derhaka.
Idris merupakan keturunan keenam
Nabi Adam. Di kalangan bangsa
Ibrani, ia dikenal dengan nama
Khunuh. Idris belajar agama sejak
kecil dari Nabi Syith, putra Nabi
Adam. Idris berdakwah kepada
kaumnya dengan gigih, sehingga
mendapat sebutan Asad al-usud,
yang berarti " singanya singa". Ketika
Nabi Muhammad Saw. melakukan
Isra Mikraj, ia berjumpa dengan Nabi
Idris di langit keenam. Ketika itu Nabi
Idris memberi salam kepada Nabi
Muhammad Saw. Kisah Nabi Idris
tidak banyak diceritakan dalam Al-
Qur'an. Namanya hanya disebut
dalam surah Maryam ayat 56-57 dan
surah al-Anbiya' ayat 85-86.
SAHIFAH
Idris dikurnia oleh Allah Swt.
beberapa kepandaian. Ia menguasai
ilmu hisab, ilmu kaji bintang,
menunggang kuda, dan menjahit
pakaian. Selain itu, Idris juga sangat
tekun. Ia belajar membaca dan
menulis tanpa mengenal waktu dan
tempat. Sejak kecil, Idris telah pandai
membaca Sahifah (lembaran tertulis)
yang diajarkan oleh Nabi Syits. Idris
menerima wahyu dari Allah Swt.
melalui malaikat Jibril sebanyak 30
Sahifah
(Q.19:56).
Isinya adalah ajaran agama yang
harus disampaikan Idris kepada
umatnya.
IZRAIL
Malaikat Izrail sangat mengagumi
kepandaian Idris. Ia ingin mengenal
Idris lebih dekat. Dengan menyamar
sebagai manusia, ia bertemu ke
rumah Idris. Setelah berkenalan,
Idris mempersilakan tetamunya
menginap di rumahnya. Mereka lalu
berdua beribadah dengan tekun.
Idris meminta tetamunya untuk
menikmati semua yang ada di
rumahnya, tapi Izrail menolak dan
hanya ingin beribadah. Idris merasa
hairan dan bertanya siapa
sebenarnya tetamunya itu. Tetamu
itu menjawab bahwa ia adalah Izrail,
malaikat pencabut nyawa.
HIJRAH KE MESIR
Kerana sebahagian umatnya kufur,
Idris mengajak pengikutnya yang
beriman meninggalkan negeri
mereka. Awalnya mereka keberatan
kerana khuatir negeri baru yang akan
mereka duduki tersebut tidak
sesubur negeri mereka. Namun Idris
dapat meyakinkan umatnya yang
beriman tersebut sehingga mereka
mengikuti Idris hijrah ke Mesir.
DIGODA SETAN
Suatu ketika Idris digoda setan.
Ketika ia sedang menjahit baju, tiba-
tiba datang iblis dengan menyamar
sebagai seorang laki- laki. Iblis itu
membawa sebutir telur. Ia
menantang Idris supaya meminta
Tuhannya memasukkan dunia ke
dalam telur. Permintaan tersebut
dimaksudkan untuk membuat Idris
panik. Namun, dengan tegas Idris
menjawab bahawa Tuhannya tidak
hanya mampu memasukkan dunia
ke dalam telur, tetapi juga ke lubang
jarum. Lalu dengan jarumnya, Idris
menusuk mata iblis sehingga iblis
langsung pergi menghilang.
MELIHAT SURGA DAN
NERAKA
Untuk mempertebal imannya, Idris
meminta kepada Allah Swt. agar
diizinkan untuk melihat syurga dan
neraka. Allah Swt. memenuhi
permohonan Idris tersebut. Bersama
Izrail, Idris mengunjungi neraka dan
melihat api neraka yang berkobar
serta berbagai siksaan di dalamnya.
Kemudian Izrail membawanya ke
syurga. Di sana Idris bertemu dengan
Malaikat Ridwan dan melihat nikmat
yang diberikan Allah Swt. untuk para
penghuni surga.
Nabi Idris a.s Bersama
Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah
dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan
bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai
malaikat Izrail, engkau datang ini
untuk mencabut nyawa atau untuk
menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku
datang untuk menziarah dengan izin
Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat
Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada
keperluan dan kepentingan
kepadamu" Kata Malaikat Izrail
"Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi
Idris "Kepentingan denganmu iaitu
supaya engkau mencabut nyawaku
dan kemudian Allah menghidupkan
kembali sehingga aku dapat
beribadah kepada Allah setelah aku
merasakan sakaratulmaut". Kata
Malaikat Izrail sesungguhnya aku
tidak akan mencabut nyawa
Yuseseorang malainkan mendapat izin
Allah. Maka Allah memberi wahyu
kepada kepada Malaikat Izrail agar
dia mencabut nyata Nabi Idris, maka
seketika itu Malaikat Izrail mencabut
nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat
Izrail menangis atas kematian Nabi
Idris sambil memohon kepada Allah
agar Allah menghidupkan kembali
Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan
permohonan Malaikat Izrail, maka
Nabi Idris hidup kembali. Malaikat
Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.
"Hai saudaraku, bagaimana rasanya
sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris
a.s "Sesungguhnya rasa
sakaratulmaut itu saya umpamakan
binatang yang hidup itu dilapah
kulitnya (dibuang kulitnya semasa
hidup-hidup) dan begitulah rasanya
sakaratulmaut bahkan lebih seribu
kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara halus
dan berhati-hati aku mencabut
nyawa yang seperti itu selama-
lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s
berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai
Malaikat Maut, saya ada keinginan
lagi dengan engkau iaitu saya ingin
melihat Neraka Jahanam sehingga
saya boleh beribadah kepada Allah
dengan bersungguh-sungguh setelah
melihat belenggu, rantai-rantai dan
kala jengking yang menyengat orang-
orang yang ada di Neraka Jahanam."
Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya
boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa
izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada
Malaikat Maut dengan firman:
"Pergilah engkau ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris a.s".
Malaikat Maut pun pergi ke Neraka
Jahanam bersama-sama Nabi Idris
kemudian Idris melihat segala
macam seksaan yang diciptakan
Allah untuk musuh-musuhNya yang
berupa belenggu, ratai-rantai
daripada neraka dan kala jengking
serta ular dengan api-api yang
menyala dan kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum
oleh ahli neraka tersebut. Setelah
kembali Nabi Idris berkata lagi
kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat
Maut, saya ada keinginan lagi
dengamu iaitu saya ingin melihat
syurga sehingga saya boleh tambah
meningkatkan amal ibadah," maka
Malaikat Maut berkata "Bagaimana
boleh saya bersamamu ke dalam
syurga tanpa izin Allah." Maka Allah
memberi izin pada Malaikat Maut
untuk pergi berdua dan berhenti
dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya
nampak bermacam-macam nikmat
dan istana besar lagi indah dan
beberapa anugerah yang berharga,
juga tumbuh-tumbuhan serta buah-
buahan yang beraneka warna dan
rasanya berbeza-beza. Nabi Idris
berkata "Hai saudaraku, saya telah
merasakan sakitnya sakaratulmaut,
saya telah melihat Neraka Jahanam
yang didalamnya bermacam-macam
rupa seksaan dan azab neraka maka
mohonlah engkau kepada Allah agar
Allah mengizinkan saya untuk masuk
syurga dan minum airnya agar hilang
rasa sakitnya sakaratulmaut di
tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta izin
kepada Allah lalu mengizinkannya,
kemudian masuklah meraka berdua
ke alam syurga lalu keluar. Kemudian
Nabi Idris masuk lagi ke dalam
syurga dan meletakkan seliparnya di
bawah pokok kayu di dalam syurga.
Maka Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut,
selipar saya tertinggal didalam syurga
di bawah pokok kayu, maka
kembalikanlah saya kedalam syurga,"
maka Nabi Idris masuk kesyurga dan
tidak mahu keluar lagi dari syurga.
Maka berteriaklah Malaikat Izrail
memanggil Nabi Idris agar keluar
dari syurga. "Hai Idris, keluarlah
engaku dari syurga." Maka Nabi Idri
pun tidak mahu keluar Allah SWT
telah berfirman "Tiap-tiap orang
mesti merasakan sakaratul maut,
sedang saya sudah merasakan
sakaratulmaut. Dan Allah SWT
berfirman lagi maksudnya: "Tidak
ada diantara kamu sekalian kecuali
mereka itu memasuki (neraka
syurga) sedang aku pernah
memasuki nerakan dan Allah pun
juga berfirman lagi maksudnya: "Dan
tidaklah mereka itu dikeluarkannya".
(keluar daripada syurga).
"Siapakah yang mengeluarkan saya
dari syurga" sedangkan Allah tela
memberi wahyu kepada malaikat
Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris)
sesungguhnya Aku telah
memutuskan dia di zaman azali
dahulu bahawa sesungguhnya dia
(Nabi Idris) tergolong ahli dan
penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman kepada
rasul-rasulNya tentang kisah Nabi
Idris dalam firmanNya yang
bermaksud. "Dan ingatlah olehmu
cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris
a.s dan seterusnya."
Terdapat diantara beberapa
nasihat dan kata-kata
mutiaranya ialah : ~
1 . Kesabaran yang disertai iman
kepada Allah membawa
kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang
yang berwaspada dan mengharapkan
syafaat dari Tuhannya dengan amal-
amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu
kepada Allah dan berdoa maka
ikhlaskanlah niatmu demikian pula
puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersum
(clik beranda/bersambung gan di halaman berikut)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar